Affiliate Marketing Dengan TikTok: Serius! Kami Tunjukkan Caranya!

Secara ringkas affiliate marketing melibatkan aktiviti promosi dan jualan produk atau syarikat lain untuk dapatkan komisen. Pihak affiliate akan berpeluang buat duit secara online melalui jualan online tanpa perlu berdepan dengan hal-hal rumit seperti mencipta produk atau bina kedai sendiri secara besar-besaran. 

Sebaliknya, pihak pengeluar produk, akan memulakan program affiliate; kemudian online marketer menggalakkan pembaca, pengikut, penonton mereka untuk membeli produk tersebut.

Setiap affiliate marketer akan gunakan pautan yang unik dalam bahagian call-to-action. Setiap jualan yang berjaya dihasilkan melalui pautan itu, akan ada komisen untuk affiliate marketer.

Kebanyakan ejen affiliate ada pengikut yang ramai (pelanggan yang berpotensi), di media sosial, blog, podcast, saluran video dan lain-lain.

Baru-baru ini, untuk generasi muda, ramai ejen affiliate gunakan TikTok sebagai platform mereka.  Platform TikTok sangat bagus untuk ejen affiliate.

Artikel ini akan tunjukkan bagaimana affiliate marketing di Tiktok dapat jana pendapatan di saluran media sosial yang bertumbuh pesat untuk Generasi Z dan Millennial.

Kenapa Ejen Affliate Perlu Guna TikTok?

Apda yang ada pada kegilaan TikTok? TikTok kini memiliki 1 billion pengguna aktif.

Sehingga Januari 2022, ada 1 bilion pengguna bulanan aktif di TikTok.

mU M1hPJQIMmap2LXavzOqvFel4Kz4WvaZJtw

Pengguna TikTok tonton video, secara purata; selama 850 minit dalam sebulan.

QiZ8aryCwF1YnyeuTgoErBWmAhkLwPW1QQnY9uYgC7bunAcGpYOrq mdDVO4w2MG JeGBmoWxbzXVU5pyvq2yfIQ o2iXWUUTqGTd0LZq29VUV TVb8KwfNw67m2qfibXrvhSgnTdLko8Z hBg

Tambahan lagi, TikTok ialah aplikasi paling popular dunia, yang dimuat turun bagi kedua-dua pengguna iOS dan Android pada tahun 2020 dan 2021. Kehebatan TikTok ini sangat signifikan, sehingga mengalahkan gergasi yang lain seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

aEqgyIyrpprqmjvqYtxlbg2XSNR5NNWfbm70Nr HDIbmfAaJElyBVyH4t0M050KM2oCZP7RyB2BFrxBydZt0B s OWP F8xNlpLHb

Pengguna TikTok tak takut untuk belanjakan duit. Menurut data Sensor Tower, secara global, TikTok ialah aplikasi bukan game yang menjana wang paling banyak pada Februari 2021; dengan  $110 juta dibelanjakan oleh penggunanya.

Tak dinafikan ramai pengguna TikTok yang masih muda, yang mungkin kuasa belinya tak setinggi kuasa beli pengguna yang lebih dewasa.

Tapi kalau anda popular di TikTok dan bijak pilih produk yang menarik perhatian penonton, anda berpotensi untuk berjaya dengan affiliate marketing.

Perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah, pastikan produk yang anda ingin promosikan secara affliate itu; menarik kepada penonton di TikTok anda.

Jangan main pilih satu produk hanya kerana komisen tinggi. Misalnya penonton TikTok anda kebanyakan berumur 20-an, tentunya mereka tak tertarik untuk beli tongkat dan barang-barang yang diperlukan oleh orang tua.

Lebih baik promosikan produk fesyen, teknologi dan hiburan jika penonton anda masih muda.

Cara Buat Affiliate Marketing dengan TikTok

Affiliate marketing di TikTok berfungsi lebih kurang macam platform media sosial yang lain. Bezanya cuma platform sahaja.

Ada tiga (ada masanya empat) pihak yang terlibat dalam transaksi affiliate.

  1. Pengeluar produk – pihak yang menghasilkan produk untuk jualan dan buat keputusan untuk gunakan affiliate marketing sebagai model bisnes.  Boleh jadi pengilang atau pekedai yang pilih affiliate marketing untuk jual stok produk yang ada. 
  2. Rangkaian affiliate  (jika ada) – berbanding berurusan dengan ejen affiliate secara terus, sesetengah pengeluar produk pilih untuk bekerja dengan rangkaian affiliate yang bertindak sebagai pihak orang tengah. Rangkaian ini akan kumpulkan senarai produk daripada pelbagai pengeluar produk dan seterusnya, menjalankan interaksi harian dengan ejen affiliate
  3. Ejen affiliate –  seseorang yang diminta untuk pasarkan produk kepada pengikut mereka. Dalam TikTok, tentunya ejen affiliate perlu pastikan video yang mengandungi barang yang ingin dipasarkan; sampai kepada penonton dan pengikut.
  4. Pengguna – seseorang yang membeli barangan yang dipromosikan oleh ejen affiliate.

Maksimakan Trafik Organik di TikTok

Nampak macam senang , kan? Tapi macam mana nak buat? Biasanya ejen affiliate yang power di TikTok akan guna beberapa cara. Paling senang ialah gunakan trafik organik video tikTok anda sebaiknya.

Dengan cara ni, anggap saja anda dah ada jumlah penonton yang agak baik dan kalau dapat, yang tertarik dengan video anda.

Jika anda dapat trafik organik yang baik,bagus juga kalau anda dapat bereksperimen dengan algoritma TikTok.

  1. Fokuskan pada niche
  2. Buat video pendek 
  3. Pastikan beberapa saat terawal menarik perhatian
  4. Guna hashtag yang popular sebaiknya
  5. Gunakan audio yang sedang trending 
  6. Pastikan caption kekal relavan dan menarik penonton 

Kalau anda masih belum popular di TikTok, mungkin lebih baik tunggu dahulu sebelum jana duit melalui TikTok secara affiliate marketing. Jika anda masih ingin juga teruskan, anda perlu bergantung dengan trafik berbayar, supaya capaian penonton video TikTok akan lebih tinggi.

Pasarkan Kepada Trafik Organik Anda

Kebanyakan pengguna TikTok ialah Generasi Z, walaupun di sana ada penyokong yang terdiri daripada Millennials dan Generasi Alpha. Maka, anda perlu tunjukkan niche yang jelas di akaun TikTok anda. Seterusnya anda perlu buat dan kongsi video untuk memikat hati orang yang berminat dengan topik berkaitan niche yang anda pilih.

Kalau niche video anda fokus hal kecantikan, jangan pula masukkan produk memancing ikan. Memang tak kena tempat.

Generasi Z terkenal dengan tak menyukai iklan yang bersifat tradisional. Maksudnya iklan tipikal yang nampak sangat guna pendekatan hard-selling. Ketara sangat nak menjual.

Jadi, buatlah video yang boleh selit produk affliate yang nampak natural. Nak senang, pilih produk affiliate yang penonton niche anda akan guna. Secara ideal, produk yang diselit dalam video tu boleh masuk dengan fikiran dan minat penonton.

1. Letak Link pada Bio

Malangnya anda tak boleh letak link (yang boleh diklik) pada video atau caption  TikTok. Jadi, perlu letak di bio profil TikTok anda supaya mudahkan bakal pembeli beli barang.

Namun ada beberapa keperluan yang TikTok tetapkan untuk letak link di bio.

  • Tukar dari personal account kepada business account
  • Dapatkan sekurang-kurangnya 1000 followers

2. Guna LinkTr.ee

Nak letak banyak affiliate link? Buat landing page di LinkTr.ee. Contohnya Mia Azhar seorang influencer dalam niche kecantikan dan gaya hidup wanita.

Ada macam-macam produk dia kongsi. Produk penjagaan wajah, alat solek dan minyak wangi.

0RhsR428d8fiwW57pUMTH6ct3FA7lAzzSkVfpKlAtvPD p6 ELytPRvvGs1rgMu1Fh4QdI54wMUM kimi p0ZxsPX Z0hECHCnyIcm XSxfZYemcQO y2CEduKbBqIPVJqQt rIudoXs2481g

uFhSchqeVkiUBmVGqZLPZ78sJhJoO6GVMqxQ0mMeRdmWUB PMumHQbw8SsGzvneMXuuqSvRKr12OB7CjVGOlNesJaAjfbqBzCfZMzaMg VayJFmn6xm2bF2HN8 9Xki0XAfGuyorhB vBf8D6g

3. Letak Link Akaun Media Sosial yang Lain

TikTok memudahkan anda membuat pautan ke beberapa akaun sosial anda yang lain. Caranya sama seperti menambahkan link ke profil anda, seperti yang kami terangkan di atas, dengan pergi ke profil  ‘Me’ dan kemudian tekan butang Edit Profil. 

TikTok sediakan ruang untuk anda memasukkan profil Instagram dan YouTube, menjadikannya lebih mudah untuk anda bawa orang melihat siaran dan promosi anda yang lain. Pautan ini muncul sebagai butang sosial pada profil anda.

79Ig beALlhmGWwpcmXpT xrnufPijKAg0l9XGxYZaoWBjE gHbYoV6OxyPvluIRx Res0v8LZPDNCFv5OGAYyyOdOnyC2Iv613BF

4. Gunakan Kod Kupon

Pengeluar produk affiliate sering memberikan kod kupon yang boleh anda berikan kepada pengikut dan penonton anda.

Anda boleh menyebut perkara ini dalam video anda dan tulis caption berkaitannya. Walau bagaimanapun, pastikan anda menyebut apa-apa syarat yang mungkin ada, seperti produk yang terlibat, dan tarikh luput.

wwmOCysNRIoq33Z2Bd5lp5kKHc TofAwIZDA2x9Y2X56PZqerI3j7FjldCThJftMrKB8

Biasanya kod ini juga disebut sebagai kod diskaun atau referal code untuk galakkan pembeli isi kod affiliate anda.

2Dj9E1RpWFWxswHpwcjNRX0RWYHbN1eV 4hQNoums1KCl6ch9HcTGi0cb5BcFkbUyb4c3HXzwtr2G0Gh49MwoYN6WgdMGv1Ct1KYAUmUZcmjFQUZ4bbDkm FOgLpj7eeASw tLqctU

QYpQO8Q24uGVN7j7 a2iUb5RZ2aeTDLC yfr84b1TxzHpQgmpEaBmUwcdXBko9 JdbYIaJF7rkCUdEeGryC VomI wvqGV9c0sgzI4f2NdUvjzkaSC7Ec XSLk1oh7FwMJ mtyAsbaIDrUT3rg

 

dQLanVNpxG 9aJu4Z02uJNN7iOkdaV7vY8 cjdpV7R3yyoS2YhHCsxpxwxiBWfyHSoXX7GZqsgEPmx2iiQX2RhG3bVxcNIlrNnY3I6VhC75ruH6NS RWmiPiWsKnETZD1IEqdYyiZtjqcu9ugA

5. Nyatakan Link Anda 

Jika anda dah dikenali sebagai pempengaruh atau dah dapat capai trafik yang tinggi di TikTok, pengeluar produk mungkin akan pertimbangkan untuk beli anda link istimewa.

Secara ideal, URL patut ditulis dalam ayat yang mudah diingat seperti https://www.companyname.com/yourname. Dengan cara ini, anda boleh sertakan link dalam video atau caption walaupun URL tak boleh klik dan bawa terus ke laman pembelian produk.

Setidaknya penonton tahu dan sedar tentang kewujudan URL anda.

LgIyWijVrznGPKkboPwTPn11FxuWwZYhfa07 U1hEkDK8NnGLdExvGhP3brTFW8atE

Kesimpulan – TikTok Platform Berpotensi untuk Affiliate Marketing

Laburkan masa dan tenaga anda untuk terokai TikTok. Ada banyak cara untuk pastikan pengguna TikTok nampak video anda.

Semoga usaha anda jalankan affiliate marketing berhasil setelah baca perkongsian ini.

Nak kami kongsi affiliate marketing dekat platform apa pula? Boleh komen dan cadangkan.

Share this!

Ainul Tajul

Ainul Tajul

Penulis kandungan sepenuh masa di Kartel Digital Sdn. Bhd. Berpengalaman sebagai pemasar digital, editor, pencipta kandungan, penulis iklan, pengurus acara, tutor, dan konsultan/auditor. Minat sains & teknologi, media sosial dan penulisan sastera kreatif.

Related Post

Creatives

Best Shopify Themes: Rekaan Ecommerce Pilihan Dropshipper

Cara Pilih Tema Shopify Tema percuma atau tema premium? Templat atau tema tersuai? Mana satu yang patut anda pilih sebenarnya …

BACA
Digital Marketing

Copywriting dengan Story Telling – Sampaikan Cerita Buat Orang Rasa Nak Beli

Kuasa Cerita “Cerita yang bersifat peribadi dan menarik secara emosi melibatkan lebih banyak otak, dan dengan itu lebih diingati, daripada …

BACA
Blogging

Buat Blog Percuma Guna WordPress

Baru Je Nak Mula Tulis Blog Nak mula buat blog tapi risau kena keluar modal besar? Jangan risau, anda boleh …

BACA
Creatives

Cara Pilih Warna e-Store

 Whether it is a trader or a consumer, color psychology can greatly contribute to making the right decisions. –Shaip Bytyçi, …

BACA
Digital Marketing

Asas Copywriting Usahawan Wajib Tahu

Apa Itu Copywriting? Apa Itu Copywriting? Copywriting ialah ayat yang mengandungi unsur pengiklanan. Bahasa mudahnya, ayat untuk pembaca supaya dapatkan …

BACA
eCommerce

5 Jenama Malaysia Guna Online Store Sahaja

Boleh Ke Mula Bisnes dengan eStore? Untuk mulakan bisnes, tak perlu pening-pening nak sewa kedai. Ada bisnes yang tak pernah …

BACA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

PANDUAN PERCUMA

KETAHUI GAMEPLAN SAYA BUAT INCOME 6-ANGKA DARI BLOG!

Dapatkan eBook eksklusif yang mengandungi ‘failed-proof’ gameplan untuk anda mula bisnes online from scratch, dan direka khusus untuk anda yang busy tapi nak buat side income.

Ia adalah gameplan proven bagaimana saya bina Kartel Digital & Dropship Kartel from scratch, dan bina sumber income 100 peratus dari internet.

CASE STUDY EKSKLUSIF (FREE)

Rahsia Bagaimana En. Amir Hasilkan RM250k Dari Dropship Dalam Masa Sebulan!

Isi nama dan email untuk saya hantar ebook ini.